Thursday, October 13, 2011

Aku dan Sepatu

Dalam setahun tu buleh dikatakan tiap bulan juga lah membeli kasut. Ada yang dimata cantik
tapi bila dah beli tak selesa dipakai, bulan depan beli lagi. Warna pulak tak seswai..
Makanya tersimpan lah banyak yang boleh dipakai dan juga tak boleh dipakai.

Boleh buat koleksi untuk dijual pun tu, ada yang pandai rosak bila di dalam kotak
kerana hampir dua tahun mungkin ia tersimpan. Barangkali merajuk kot kasut tu
Ohh.. punya perasaan jugak ehh?

Pernah juga di post di Mudah.my . Ada juga orang berminat, kerana kasut-kasut biasanya
dari Nose dan Vinnci je, design tu agak ramai orang minat, lagi-lagi dari golongan muda.

Dan dalam banyak-banyak kasut, kasut ini lah yang paling disayang. nak tahu kenape?




mestilah sebab sedap dipakai, tengok lah tu label vinnci kiri kanan dah tanggal pun masih pakai
sampai lah tali depan tu putus, Masih sayang lagi tu mau buang.. T_T

Opis sunyi sepi betul arini ^^ bagaikan cikgu tak masuk kelas, semua anak-anak buat
kerja sendiri yahh, cukup mase boleh balik. :)

2 comments:

Dayz J said...

hai umie =) saya pun beli kasut sebulan sekali. terus beli sampai 2,3 macam tu. =)

cik Umienorafizzah said...

wahhh...lagi hebat camtu, mesti byk collection kan. heehee