Thursday, October 27, 2011

Seribu Kemanisan

Dia berjaya buatku menanges, pagi-pagi lagi pulak tu. Boleh buat satu hari ni tiada mood ok!
Tapi belum pun sampai waktu makan tengah hari perasaan sakit hati tadi tu terus hilang.
Bagus lah begini, dah boleh kawal perasaan yang tah hape hape tu.
Memang lah perkara kecil, tapi bagi perempuan yang agak manje ni.. itu besar ok.. haha
Dalam satu hubungan tu mesti ade pahit dan manis kan.. lepas rasa manis, rasa la pulak
pahit nya sikit-sikit. Baru lah ade nikmat! tu orang tua tua kate lah... hee

Itu baru dialam percintaan, dia alam perkahwinan pulak bagaimana?
Mungkin banyak yang bahagia, ada jugak yang derita.
jom baca kisah benar ini...
(penulisan agak kureng sikit. dulu bm essay A. tak tahu nape jadi begini =_=' hancurr)

Seorang gadis dikenali sebagai A,berumur 25 berkerja sebagai Receptionist di ranhill.
dan seorang lelaki dekenali sebagai Z seorang Engineer juga di ranhill berumur dalam
lingkungan 40an mempunyai 4 orang anak, isterinya pula tengah sarat mengandung anak
ke lima mereka. Macam dah boleh bau je kan ape ceritanya, ye! memang A dan
Z bercinta. Di pejabat bagaikan romeo dan juliet, kehulu kehilir sama-sama. Makan
suap menyuap, air pon kongsi-kongsi. Balik kerja sangggup si Z hantar A balik ke cheras
sedangkan Z duduk di klang. Kenapa Z begitu ehh?? dia dah pun ade isteri kat rumah
sarat mengandungkan anak dia, Z juga imam surau di kawasan rumahnya.
Dasar lelaki, hanya memikirkan nafsu. Perempuan pun satu, Bodohh.
Nak bercinta sangat pun beragak ler..*start emo

Biasalah engineer kan, hp tak kurang-kurang 3 mesti ada di pocket, pada satu malam
lepas menghantar A pulang ke rumah, Z suruh A pegang salah satu hp Z.
Dengan Bersyarat, "Jangan buka ape-ape folder dalam tu ye darling" yekkss!
Tapi manusia mane yang dipesan macam tu mau ikut?? lagi lah kita buka kan
nak tengok ape isi di dalam.. aduhaiii... Malu nak tulis kt sini.Video diranjang Z bersama
isterinya ada didalam. Okeh jom kita berfikir secara logik. ape maksud si Z tu??

Camane la aii tak kata bodohh, Awak tu dah la receptionist je, Isteri dia tu Degree.
Engineer jugak oke! lagi cantik pulak tu dari A. erm... Memang cinta itu buta, tapi buka
lah sikit mata tu untuk diri sendiri. Lelaki ni nafsu dia satu jer
tu yang berakal banyak nak penuhkan nafsu mereka tuhh... T.T

Dimana Kemanisan lepas bekahwin tu??
Kekadang benci jugak lelaki bila dengar cerita-cerita camni, tapi still kene kawen
ngan lelaki jugak kan.... Serius takut! kalau fikir sampai bile pun tak habis emo ni.

Dah umie dahh jom hepy-hepy esok kan hari gaji ... plan mau angkat satu barang
"gadget" di times square kan??.teeeheee. Terusss mau cari sekali hadiah besday mak.
Hati berbunga wangi tiba2~ cepat la esok! cepat la......  ^.^)

2 comments:

Dayz J said...

Gadjet apakah itu? nanti kongsi di belog ye.

cik Umienorafizzah said...

teeheee....mesti! :)