Tuesday, May 08, 2012

boyfie girlfie day out

Sabtu biasanya kitorang rajin lunch kat sini. Gerai ikan bakar seri menanti, Jalan bellamy memang super duper sedap. Harga pun murahh... Ikan pari & talapia, fav Mr.B.


emmmm. nyumm nyummmm, Dah lapar pulak rasa. baru pukul 11.00? =_='
Kalau korang nak makan kat sini elok lah datang awal sikit, sebab biasanya dalam pukul 1-3 memang ramai, panas pulak tu. pheeew!~

Settle makan tak boleh duduk lame lame tauu, kalau nak sap kok dulu pun kat tempat lain lah yer. Kesian nanti orang lain takde tempat duduk nak makan.. hehe

Kebetulan sekarang Istana lama dibuka untuk Pameran Raja Kita, Elok sangat lah pun, memang teringin nak melawat dalam dalam istana. hehe  Tapi hampa..... hanya Balairong Seri sahaja dibuka untuk orang ramai, Tsk tsk. Baru je berangan nak baring atas katil dalam istana tu.. Opps! :p



Saje Xtra large image supaya boleh nampak betapa kecilnya saya! hehehe *yang baju baju oren dalam pagar tu rombongan sekolah. Ramai gilerr...

*tengah jalan jalan nk masuk dalam tu boleh pulak terserempak dengan Ibu haziq *mycolleague  hehehehe

Punya lame stop kat sini, Menelek dari semua sudut. Cantik! tapi jahitan Lengan dia tak kemas!!!  Tetiba tak puas hati. hekhek. *terfikir jap. dayang istana sekarang pakai baju ape ehh?




Tak banyak gambar artifak yang kitorang ambil. Keadaan dalam tu amat sesak, ada yang siap landing landing di sudut-sudut.. buat macam rumah sendiri nampakk???





Okay, Jom balik, untuk info.. Masuk adalah Percuma, dibuka sampai 15 June 2012 ini sahaja, tapi yang membawa camera masuk ke dalam Balairong caj dikenakan sebanyak Rm3.


 Memangg.... memang tuan blog nampak montel. tp dalam proses diet nasi tu... hehe
*dslr tu jujur sgt. kalau snap pakai bb, mesti nampak kuwus :P

Settle kat sini, Mr.B pun hantar balik sebab dia ada urusan kerja kat sentul. Sampai malam kenyang makan ikan bakar atas tu...

No comments: