Thursday, May 03, 2012

Dalam manis ada pahit, dalam pahit ada manis.

Lumrah orang bercinta memang macam tu kan? tak semuanya indah macam yang kau harapkan. Panas tak selalunya ke petang, mesti hujan di tengah hari. Yang pasti lepas hujan kita mesti jumpa pelangi yang cantik tu, samar samar pun jadilah... 

hehe, Sempena hari ulang tahun kitorang yang ke IV, takde candle light dinner segala, cuma jalan jalan  makan makan biasa sekitar Sunway, tatkala KL dibanjiri warga warga 'bersih'.

28th April 2012 diakhiri dengan lenjunan airmata, atas ego masing masing. Pehh, catat sejarah.

Tapi, Alhamdulillah.. dikejutkan dengan hadiah ini. hehe..




Ini betul betul surprise!! *ketawa kuat-kuat. hehe


Sayangku..
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu. Moga hubungan ini diberkati sampai ke syurga. Amin. amin ya rabbal alamin...


P/s: Harap yang indah untuk april tahun depan....

P/s/s: tak nak share tempat menarik?? ;)

No comments: